Hargai peluang bertemu keluarga | Liputan 24 Kalimantan Tengah
www.AlvinAdam.com

Gratis Berlangganan

Tuliskan Alamat Email Anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

Hargai peluang bertemu keluarga

Posted by On 6:52 AM

Hargai peluang bertemu keluarga

POKOK SENA - Tiada apa yang dapat menggembirakan banduan selain dapat menyambut perayaan bersama insan tersayang dalam Majlis Jalinan Kasih Sempena Krismas, kelmarin.

Seramai lima banduan dari Penjara Pokok Sena terpilih untuk meraikan Hari Natal bersama keluarga mereka.

Seorang banduan yang hanya dikenali sebagai Ramon, 40, berasal dari Pulau Pinang berkata, dia sungguh terharu kerana dapat menyambut Krismas bersama keluarganya.

Menurutnya, dia gembira kerana dapat berjumpa anak selepas dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana kes mengedar dadah.

“Semenjak dipenjarakan di sini saya sangat merindui anak dan isteri terutamanya setiap kali menjelang Krismas. Hari seperti ini sajalah kami dapat berjumpa dan saya rasa seolah-olah tidak mahu berpisah dengan mereka.

"Pengalaman mengedar dadah beri pengajaran kepada saya supaya berhati-hati setiap kali mencari kawan. Akibat perbuatan itu kini saya terpaksa berada di tirai besi dan insaf dengan perbuatan dahulu,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Katanya, setiap kali menyambut Krismas sudah pasti seluruh ahli keluarga akan pulang ke rumahnya bagi meraikan perayaan itu.

"Sekarang saya sambut Krismas tanpa mereka sejak dimasukkan penjara pada 2012 lalu.

"Kehidupan di dalam penjara beri banyak pengajaran betapa mahalnya harga sebuah kebebasan," katanya.

Athony, 25, dari Sungai Petani pula berkata, tindakannya yang panas baran menyebabkan dia kini berada di penjara selepas dijatuhi hukuman selama 12 tahun.

Menurutnya, dia tidak sangka niatnya untuk meleraikan pergaduhan ibunya dengan seorang pemuda warga Nepal berakhir dengan pembunuhan.

“Mulanya saya nak leraikan pertengkaran, bagaimanapun tiba-tiba pemuda itu mula mencabar hingga saya jadi marah. Oleh kerana terlalu marah dan tak dapat kawal perasaan, saya ambil pisau bunuh pemuda itu.

“Saya memang terkejut dengan kejadian itu sebab ia berlaku dalam masa yang singkat. Selepas kejadian itu barulah saya sedar dan mula insaf, tapi dah terlambat, dan sekarang meringkuk dalam tirai besi,” kata anak sulung dari lima beradik itu.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara, Zulhafiza Mohamad berkata, majlis bertujuan merapatkan hubungan penghuni dengan keluarga mereka.

"Keluarga memainkan peranan utama dalam memulihkan kehidupan mereka.

"Kedatangan keluarga ini secara tidak langsung menunjukkan banduan di sini masih diterima keluarga mereka," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • mahkamah Banduan dipenjara tiga bulan lagi kerana curi susu KAJANG - Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan dadah, hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan mencuri 10 tin susu formula bernilai RM839.
  • Temui hidayah di sebalik tirai besi Temui hidayah di sebalik tirai besi KUANTAN - Walaupun pernah menjadi ketua kongsi gelap, namun hukuman yang sedan g dilalui kini memberikan hidayah yang tidak terhingga buat penghuni Penjara Penor ini.
  • kes mahkamah Banduan miliki parang dipenjara maksimum 7 tahun PETALING JAYA - Seorang banduan menangis selepas dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah didapati bersalah memiliki sebilah parang panjang dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Januari tahun lepas.
  • Bekas banduan dapat kepercayaan Bekas banduan dapat kepercayaan ALOR SETAR - Lebih 85 peratus bekas banduan yang keluar dan bebas dari pe njara ditawarkan peluang pekerjaan melalui program dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia.
Sumber: Google News | Liputan 24 Pulang Pisau

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »